Monday, April 27, 2020

SUMBANGAN MAKANAN & PERALATAN

SUMBANGAN MAKANAN DAN PERALATAN KEPADA SISWA SEMPENA COVID 19 KALI KE 2

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:271)
Alhamdulillah. Sumbangan dari pesara dan pensyarah unit ko kali ke 2 telah diserahkan kepada wakil siswa untuk disampaikan kepada siswa yang lain seramai 24 orang.  Antara makanan dan peralatan yang diberikan ialah milo, air mineral, biskut, potato, gula, susu, sos, buah limau madu, tisu, sabun dll. Turut bersama semasa sumbangan dilakukan ialah KJ HEP iaitu Dr Che Othman dan warden bertugas iaitu En Zul. Sumbangan ini dilakukan  pada 21 April 2020 jam 3.00 petang bertempat di Rumah Tamu IPGKKB.

Terima kasih kepada semua terutama Pengarah dan Timbalan Pengarah yang banyak memberi sokongan. Terimakasih yang tidak  terhingga ditujukan khas kepada  kepada penyumbang utama iaitu Tn Hj Aziz, Tn Hj Mohd Noor, En Ibrahim, En Wan Suhaimi, Dato Yusuf, Wan Zamri (KJ PJKO) dan juga pensyarah-pensyarah  unit ko.

Semuga dengan sumbangan makanan yang diberikan, dapat membantu dan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh semua 24 siswa kita yg menetap di asrama dan rumah sewa sepanjang Covid 19.
















No comments:

Post a Comment