Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:271)
Alhamdulillah. Sumbangan dari pesara dan pensyarah unit ko bersama jabatan PJKO telah diserahkan kepada wakil siswa untuk disampaikan kepada siswa yang lain seramai 24 orang. Antara makanan yang diserahkan pada kali ini ialah Satay 1 Malaysia, buah epal, betik dan kuih-muih. Turut bersama semasa sumbangan dilakukan ialah KJ PJKO En Wan Zamri bin Wan Muhamad. Sumbangan ini dilakukan pada 27 April 2020 jam 5.00 petang bertempat di Rumah Tamu IPGKKB.
Terima kasih kepada semua terutama Pengarah dan Timbalan Pengarah yang banyak memberi sokongan. Terimakasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada kepada penyumbang utama iaitu Tn Hj Aziz, Tn Hj Mohd Noor, En Ibrahim, En Wan Suhaimi, Dato Yusuf, Wan Zamri (KJ PJKO), Pn Hjh Nadimah dan juga pensyarah-pensyarah unit ko.
Semuga dengan sumbangan makanan yang diberikan, dapat membantu dan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh semua 24 siswa kita yg menetap di asrama dan rumah sewa sepanjang Covid 19.
Berita lanjut di :
Tq pihak Satay 1 Malaysia Pengkalan Chepa atas sumbangan kuih terr
ReplyDelete